Thursday, November 10, 2016

true love can never be replaced

Assalamualaikum wbt.


it has been a year aku tinggalkan dunia blogger. blog adalah tempat untuk aku meluahkan segalanya sejak dari dulu lagi. aku tak tau samada aku kuat untuk meneruskan cerita. tangan aku menggigil. dada aku sakit menahan air mata dari mengalir. harini, genap seminggu (7 hari) abah pergi mengadap Ilahi. pada pukul 5.22 petang bersamaan 3 November 2016 hari khamis di Hospital Tuanku Jaafar Seremban. Abah pergi meninggalkan aku semua pada hari yang mulia iaitu petang khamis malam jumaat. hujan turun dengan lebat membasahi bumi. seakan meratapi pemergian abah, Zulkifli Bin Ismail.




dia insan yang banyak memberi impak yang besar dalam hidup aku. aku memang rapat dengan abah. he is my everything, my reference in any kind of situation and of course my back. saat aku menerima perkhabaran abah telah pergi buat selamanya, rasa dunia ni gelap gelita. kaki aku seakan tidak berpijak dibumi yang nyata. aku terduduk di luar hospital. masa tu, takda sapa di samping aku. aku rasa kosong.  


pada pagi 21/Oktober/2016, aku menerima panggilan telefon dari mak tiri aku yang mengatakan abah dimasukkan ke wad kritikal. time tu aku rasa tak tentu arah.  aku menangis dan tangan aku mula menggigil. aku seperti orang hilang arah sampaikan aku tak tahu apa yang perlu aku buat. aku gigihkan juga drive pagi tu untuk berjumpa dengan abah di hospital Seremban. sampai saja di hospital, aku tak dibenarkan masuk kerana doktor masih memberikan rawatan pada abah. dan bila aku dipanggil untuk berjumpa dengan abah, aku menangis. keadaan abah sangat kritikal masa tu tapi abah masih sedar dan menggunakan alat bantuan pernafasan. abah terkejut bila aku sampai di hospital.



Abah : mcmana along boleh ada kat sini? along tak kerja ke?
Aku   : aunty call bagitau abah masuk hospital. 
Abah : abah takda apa. abah tak nak anak-anak abah risau.
Aku   : mana boleh tak risau. abah kan abah along. adik pun dah on the way balik sini.
Abah : maafkan abah. abah tak dapat nak uruskan majlis along nanti.
Aku   : (air mata mula mengalir depan abah) kenapa abah cakap macam tu? abah jangan fikir pasal tu. yang penting abah sihat. Insyaallah pak long semua ada nanti. abah kena kuat.
Abah : dari sehari ke sehari abah nak jumpa pak long untuk berbincang pasal ni. tapi keadaan abah tak mengizinkan.
Aku   : abah jangan risau. yang penting abah sihat. 



doktor beritahu keadaan abah makin kritikal. doktor sarankan untuk masuk ventilator pada abah. aku sebagai waris tak tahu samada aku buat keputusan yang betul jika aku teruskan dengan saranan doktor. kalau aku biarkan, pernafasan abah akan semakin drop. dan kalau aku teruskan untuk abah pakai ventilator, percentage abah adalah 50-50. aku buntu. aku hanya nak yang terbaik buat abah. setelah berbincang, aku decided untuk teruskan dengan saranan doktor. dan sebelum abah tak sedarkan diri dan dimasukkan bius, abah nak sangat tengok anak-anak dia disisi. time tu, adik dari Johor belum sampai. ya Allah, sebaknya time tu. aku called adik letak kat telinga abah sebab itu mungkin kali terakhir dia cakap dengan anak kedua dia. aku dengar adik aku menangis kat telefon. tapi abah tenang. dia masih nak tunjukkan dia kuat. kemudian abah panggil aku duduk sebelah. aku pegang tangan abah. time tu air mata aku mencurah ke pipi tak dapat dikawal.



Abah : maafkan abah kalau ada buat salah silap. jaga adik-adik.
Aku   : abah takda buat salah pun dengan along. maafkan along kalau ada buat silap. halalkan makan minum along. abah kena kuat.
Abah  : tolong bacakan doa dan yassin untuk abah.
Aku    : along buat ni bcoz along nak yang terbaik untuk abah. (aku duduk disebelah abah, pegang tangan abah bacakan yassin ditepi dia sebelum doktor datang)
Abah   : dia angguk memberi isyarat okay. (aku tau time tu keadaan abah semakin kritikal dan lemah)


doktor kemudian datang. "can we proceed now"? time tu langsir semua ditutup. nasib sepupu aku ada disisi. aku mengintai dari tepi langsir. Ya Allah, begitu seksanya aku melihat abah. tak sanggup rasanya melihat abah terseksa. kalau lah kesakitan itu boleh ditukar ganti, aku rela untuk gantikannya. keadaan dan situasi ni sama macam arwah paksu dulu. sekali lagi aku menangis dan memeluk sepupu aku. abah dikejarkan ke unit rawatan rapi jantung CCU bagi tempoh 13 hari. sepanjang berada di sana, keadaan abah memang dibawah pemantauan rapi doktor dan pihak hospital.


itu adalah conversations yang terakhir aku dengan abah sebelum dia pergi buat selama-lamanya. tapi aku bersyukur, kerana waktu dia sedar sekejap di CCU, abah sempat tengok dua-dua anak dia ada disisi. walaupun abah tak dapat bersuara, tapi aku pasti abah gembira. kami adik-beradik tak pernah jemu melawat abah di hospital. sampai ada waktu ketika kami berkampung di hospital sebab tak sanggup nak tinggalkan abah. kami nak abah tahu, kami ada kat hospital jaga abah tengok abah. bacaan doa dan yassin tak lekang dibibir saat disamping abah.


dan pada 3/November/2016 rupanya hari terakhir abah hidup di muka bumi Allah. pagi tu aku rasa tak sedap hati. aku masih di office. mak tiri bagitau keadaan abah semakin kritikal dan abah dimasukkan ke ICU malam tu. pagi tu aku sempat solat hajat memohon agar Allah panjangkan usia abah. kurangkan penderitaan yang ditanggung. hati aku seakan meronta untuk bergegas ke hospital. aku tak boleh lagi nak focus buat kerja. aku minta izin bos untuk pergi ke hospital petang tu. sampai di hospital lebih kurang 4.30 lebih, aku sempat solat asar sebab khuatir aku terlepas waktu solat masa melawat abah nanti. usai solat, aku terus naik ke wad ICU. time tu ya Allah, sedihnya melihat keadaan abah. abah memang tak sedarkan diri. dan raut wajahnya memang meruntun jiwa aku. aku duduk disisi abah dan bacakan yassin disebelah telinganya. saat aku half way through bacakan yassin, tetiba nurse datang kat aku.


Nurse : awak anak dia ke?
Aku : ye saya anak dia. ni ayah saya
Nurse : ajarkan  mengucap kat telinga dia
Aku : kenapa? ( aku seakan blurr dengan apa yang cuba nurse sampaikan. time tu. aku dah mula sedar ini mungkin saat terakhir aku bersama dengan abah)
Nurse : sabar ye dik. kuatkan semangat dan bisikkan kat telinga dia.
Aku : abah, ikut along. Lailahaillah. Lailahaillah. Lailahaillah. Lailahaillah. Lailahaillah. 


berpuluh kali aku bisikkan di telinga abah. time tu aku tak kuat. aku sorang dalam ICU tu. aku usap dahi abah dan bisikkan di telinga kalimah Lailahaillah. aku menangis tersedu. air mata aku jatuh ke dahi abah. "abah jangan tinggalkan along". aku seakan berada di dunia antara aku dan abah. tetiba mak tiri aku datang dan cakap "sabar ye long. abah dah takda. along kena redha". Allahu. seinci pun aku tak lepaskan dari peluk abah. aku menangis. menangis tanpa henti. takda kata yang dapat aku ucapkan selain dari air mata. rupanya itu adalah kali terakhir aku bersama dengan abah.


perancangan Allah itu hebat. mungkin takdir Allah nak jumpakan aku dengan abah buat kali terakhir dan berada disampingnya sehingga ke hembusan nafas yang terakhir. Allah juga nak anak dia sendiri yang lafazkan kalimah Lailahaillah di telinga abah. Allahu. Hebatnya kekuasaan dan perancangan Allah.


aku bersyukur sebab abang tiri aku ada dekat hospital uruskan jenazah untuk dimandikan. kalau takda dia dengan adik lelaki, aku serious buntu tak tahu mcmana nak uruskan jenazah di hospital. usai mandi, abang panggil aku masuk bilik mandi jenazah untuk tengok abah. Sedih, sebak segalanya bercampur baur. raut wajah abah bersih. selepas itu, aku ikut naik van jenazah untuk dibawa ke Masjid Nurul Hidayah Seremban Jaya untuk disembahyangkan. dalam van jenazah tu, sekali lagi aku menangis. Allah, kenapa kuat ujian yang Kau berikan padaku? sepanjang perjalanan, aku iring abah dengan bacaan doa agar dia tenang untuk disemadikan.


sampai di masjid, aku lihat ramai yang telah berkumpul. paklong, saudara mara, officemates dan staff aku antara yang terawal sampai. time ni aku terasa ada sedikit kekuatan bila masing-masing antara mereka datang memeluk aku. sungguh, aku tak kuat untuk hadapi ni sorang-sorang. usai solat maghrib dan solat isyak di masjid, imam meneruskan dengan solat jenazah. Ya Allah, ini adalah pertama kali aku solat jenazah dan jenazah itu adalah bapaku sendiri.


sejurus kemudian, aku sekali lagi naik ke dalam van jenazah untuk dibawa pulang ke rumah. sanak saudara, sahabat handai mula membanjiri kediaman rumah abah. Alhamdulillah, adik aku dari Johor selamat sampai sebelum jenazah dikebumikan pada malam tu. meruntun aku tengok raut wajah adik. kami berdua peluk antara satu sama lain. adik, kita dua dah jadi anak yatim. abah dah takda. adik nak tengok raut wajah dan cium abah buat kali terakhir. dia menangis. pak long pesan pada kami berdua, jangan menangis dan mengalirkan air mata depan jenazah.


abang bagitau jenazah akan dikebumikan malam tu. aku setuju kerana tak nak seksa jenazah terlalu lama kerana arwah pun telah siap dimandi dan disembahyangkan. adik pun dah dapat tengok arwah buat kali terakhir. jadi aku suruh abang untuk proceed pengebumian malam tu juga. masa pak long panggil siapa nak cium jenazah buat kali terakhir sebelum dikebumikan, aku bertalu talu cium abah. ni adalah yang terakhir aku cium abah. Allah.




rezeki abah dapat disemadikan di Makam Tuan Haji Said. sungguh, abah pergi dalam keadaan Husnul Khotimah. syukur, pengebumian abah berjalan dengan lancar. masa abah nak diusung ke van jenazah untuk di bawa ke tanah perkuburan, aku nampak abang, adik, sepupu-sepupu, pak long dan SJ yang mengusung jenazah. time tu tak boleh nak gambarkan bagaimana perasaan tu. abah just so you know anak, menantu dan anak-anak buah abah, pak long semua ada dengan abah usung dan iring abah sampai ke liang lahad. abah, pergilah dengan tenang. along dengan adik-adik akan sentiasa doakan abah.



"Know the man you're thinking of marrying. Make sure he can take care of you more than i did". 
This photo was taken 2 months ago. Ni adalah gambar terakhir aku dengan abah. 


abah, along takda siapa dalam dunia ni selain ma dan adik. abah, doakan along agar bakal suami along dapat jaga dan sayang along mcmana abah jaga along. abah, along terlalu rindukan abah. along tidur kat tempat abah, along pakai selimut abah, along pakai baju abah, along pakai jam abah. sebab along nak abah sentiasa ada dengan along setiap saat, minit, waktu dan dimana mana along pergi. abah, along akan datang melawat kubur abah. dalam doa, along sentiasa doakan abah agar ditempatkan dikalangan orang yang beriman, dicucuri rahmat, dilapangkan kubur dan dijauhkan daripada azab seksaan kubur dan api neraka. abah, just so you know abah adalah lelaki dan bapa yang terbaik dalam hidup along. along sayang abah.


abah, ketahuilah abah adalah bapa yang terbaik. abah dah didik along dan adik menjadi insan yang berjaya. abah selalu pesan "abah takda apa nak bagi. abah cuma nak anak-anak abah berjaya dalam pelajaran dan jadi orang yang berjaya". abah, pengorbanan abah dalam mendidik along dan adik, memberikan nafkah dan menampung pembelajaran kami sehingga ke menara gading dan menjadi insan yang berjaya tidak mampu kami balas. InsyaAllah, along dengan adik akan sentiasa ingat pesan abah dan sentiasa doakan abah.


abah, along redha pemergian abah. walaupun pahit untuk along terima, tapi along redha. along percaya setiap yang berlaku ada hikmahNya. semoga roh abah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. InsyaAllah amin yra.



semoga Allahyarham Zulkifli Bin Ismail ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh, dicucuri rohnya, dilapangkan kuburnya, serta dijauhkan daripada azab seksaan kubur dan api neraka. Amin. Al-fatihah.